Kad kahwin digital vs kad fizikal
Perbandingan jujur — kos, masa, fungsi, adab — dan bila patut guna dua-dua.
Dua-dua boleh cantik. Soalan yang lebih berguna: apa kerja yang kad tu perlu buat, dan berapa kosnya untuk 300 tetamu.
Perbandingan terus
| Kad digital (e-kad) | Kad fizikal | |
|---|---|---|
| Kos | RM59 sekali — semua tetamu, satu link | RM2–4 sekeping × jumlah tetamu (300 tetamu ≈ RM600–1,200) |
| Masa siap | Hari ini — isi borang 5 minit | 2–4 minggu (design, cetak, pos/edar) |
| Peta ke dewan | Butang Buka Peta / Waze — terus navigate | Alamat bercetak; tetamu taip sendiri |
| RSVP | Butang RSVP — mesej siap taip ke WhatsApp wakil majlis | Telefon / tiada; kira sendiri |
| Simpan tarikh | Butang kalendar (Google / iPhone) + countdown | Tetamu ingat sendiri |
| Salah eja / tukar masa | Edit link — percuma sehingga tarikh majlis | Cetak semula, kos baru |
| Salam kaut | No. akaun dengan butang salin + QR DuitNow | Tidak lazim dicetak |
| Adab & kenangan | Praktikal, pantas — tapi tiada "rasa" kad di tangan | Dihulur tangan ke tangan — penghormatan yang orang tua faham |
Jawapan jujur kami: guna dua-dua
Norma yang diterima di Malaysia sekarang ialah hybrid:
- Kad fizikal untuk ibu bapa saudara, datuk nenek, VIP kampung — dicetak sikit sahaja (30–50 keping), dihulur sendiri. Itu adabnya.
- E-kad untuk 250 tetamu selebihnya — rakan, ofis, grup WhatsApp. Merekalah yang perlukan peta, RSVP dan countdown.
Dengan cara ini kos kad fizikal jatuh 80–90%, dan setiap tetamu dapat bentuk jemputan yang sesuai dengannya.
Kad digital tak nampak murah ke?
Yang nampak murah ialah gambar statik yang dihantar kosong tanpa ayat. E-kad yang berfungsi (peta, RSVP, kalendar) dengan ayat pengiring yang sopan dibaca sebagai kemudahan, bukan jimat. Contoh ayat pengiring: di sini.
Berapa lama e-kad aktif?
Di KAD KILAT, sekurang-kurangnya setahun selepas tarikh majlis — kad kenangan masih boleh dibuka lama selepas majlis selesai.
Kalau ramai tetamu orang tua macam mana?
Itulah gunanya hybrid — cetak fizikal untuk mereka. Tetapi anak saudara yang memandu ke dewan tetap akan minta link peta; e-kad melengkapkan, bukan menggantikan.
Siap 5 minit, tanpa daftar akaun. RM59 sekali bayar untuk link rasmi.