KAD KILAT

Maklumat Penjual

Pendedahan wajib di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Transaksi Perdagangan Elektronik) 2024 [P.U.(A) 439/2024].

1. Identiti Penjual

Nama penjual: MOHD FIRDAUS BIN AHMAD NAZLAN

Nama dagangan: KAD KILAT (di bawah HoneyThree Solutions)

Pendaftaran perniagaan (SSM): HoneyThree Solutions — No. Pendaftaran IP0628696-A

2. Maklumat Hubungan

E-mel: dosh.nazlan@gmail.com

WhatsApp: 60102588011

Alamat perniagaan: Lot 634, Sg Jan, 27000 Jerantut, Pahang

Waktu respons: 9 pagi – 10 malam waktu Malaysia (hari biasa dan hujung minggu).

3. Penerangan Produk

KAD KILAT ialah perkhidmatan e-kad jemputan kahwin digital: pasangan isi borang dalam talian, pratonton kad secara percuma, dan bayar sekali untuk mendapat link rasmi. Kad berfungsi sebagai web app — butang peta, RSVP WhatsApp, tambah-ke-kalendar, salam kaut — tanpa memerlukan app atau akaun tetamu.

Penghantaran: link digital ke WhatsApp pemohon. Tiada barang fizikal.

4. Harga

RM59.00 (harga biasa: RM79.00) — sekali bayar, tiada langganan, tiada kos tersembunyi.

Harga ini adalah harga akhir, termasuk segala caj perkhidmatan.

5. Kaedah Pembayaran

FPX (Internet Banking) melalui ToyyibPay, atau pindahan DuitNow terus. Arahan pembayaran disampaikan selepas pratonton kad.

6. Masa Pemenuhan (Penghantaran)

Link kad rasmi tanpa watermark dihantar melalui WhatsApp dalam masa ±1 jam selepas bayaran disahkan, selalunya lebih cepat. Kami beroperasi 9 pagi – 10 malam; pesanan luar waktu diselesaikan pada awal waktu operasi seterusnya.

7. Terma & Syarat

Pembetulan percuma: Pindaan pada maklumat kad (nama, tarikh, tempat, dsb.) boleh dibuat percuma sehingga tarikh majlis. Buka semula borang dengan link kad anda, kemaskini maklumat, dan WhatsApp link baru kepada kami untuk jana semula link rasmi.

Jangka hayat link: Link kad aktif sekurang-kurangnya setahun selepas tarikh majlis.

7 tema tersedia: Songket Emas, Sirih Rustic, Melur Pastel, Putih Minimal, Awan Biru, Pakis Sage, Tenun Maroon. Tema boleh ditukar semasa pembetulan percuma.

8. Polisi Bayaran Balik

Tiada bayaran balik selepas link rasmi (tanpa watermark) dihantar, kecuali dalam keadaan berikut:

• Produk rosak atau tidak berfungsi seperti yang diterangkan — kami akan betulkan atau bayar balik penuh.

• Majlis terpaksa dibatalkan sebelum link rasmi dihantar — hubungi kami, bayaran balik penuh akan dibuat.

Nota undang-undang: Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 jika produk rosak atau tidak seperti yang diterangkan.

Untuk pertanyaan bayaran balik, WhatsApp kami dengan bukti bayaran dan nyatakan sebab permohonan.

9. Privasi & Data Peribadi

Kami tidak menyimpan maklumat majlis anda dalam mana-mana pangkalan data — semua data kad berada di dalam link itu sendiri. Nombor WhatsApp pemohon digunakan untuk tujuan penghantaran sahaja. Lihat Notis Privasi kami untuk butiran lanjut.

10. Keselamatan (Anti-Scam)

KAD KILAT tidak pernah meminta bayaran melalui link luar atau akaun peribadi yang tidak diumumkan. Semua arahan pembayaran kami nyatakan terus dalam WhatsApp selepas pratonton kad. Jika ragu, semak nombor WhatsApp kami di laman ini sebelum membuat sebarang pembayaran.

Anda boleh semak nombor kami di Semak Mule (PDRM) sebelum membuat bayaran.